
MASALAH HAID TIDAK TERATUR , BERAT BADAN NAIK MENDADAK / BULU BERLEBIHAN ? MUNGKIN ANDA ADA PCOS
Pernah tak anda perasan kitaran haid anda semakin tidak menentu ? Atau berat badan naik walaupun dah jaga pemakanan ? Mungkin juga anda ada bulu tumbuh di kawasan yang sepatutnya seperti di muka / dada ? Kalau anda juga sedang mencuba untuk hamil tapi masih belum berjaya , anda mungkin sedang berdepan dengan sesuatu yang dipanggil PCOS . Dan percayalah , anda bukan bersendirian .

APA ITU PCOS ?
Polycystic Ovary Syndrome ( PCOS ) atau Sindrom Ovari Polisistik ialah satu keadaan hormon yang biasa berlaku dalam kalangan wanita usia subur . Dianggarkan bahawa lebih kurang 12.6% wanita di Malaysia menghidap PCOS . Yang mengejutkan , hingga 70% wanita dengan PCOS tidak tahu mereka menghidapnya . Kebanyakkan hanya sedar selepas berjumpa dengan doktor untuk masalah kesuburan atau haid yang tidak normal . PCOS berlaku apabila ovari menghasilkan hormon androgen ( hormon lelaki ) secara berlebihan . Ini akan mengganggu proses ovulasi dan menyebabkan pelbagai simptom lain .

TANDA - TANDA PCOS
PCOS tidak sama untuk setiap wanita . Ada yang alami simptom yang jelas , ada juga yang
tidak sedar langsung . Tapi kalau anda rasa ada yang “ tidak kena “ dengan tubuh anda , ini
terdapat beberapa simptom yang sering berlaku :
● Haid yang tidak teratur atau jarang datang
● Berat badan naik dan susah turun
● Jerawat teruk atau kulit berminyak
● Tumbuh bulu berlebihan di wajah atau badan (hirsutisme)
● Rambut menipis atau gugur di kulit kepala
● Sukar untuk hamil
Kalau anda mengalami simptom di atas , jangan abaikan . Lebih baik segera membuat
pemeriksaan awal . Anda juga mungkin lebih berisiko jika mempunyai ahli keluarga yang
menghidap PCOS , mempunyai berat badan berlebihan ( obesiti ) dan menghidap diabetes atau
mempunyai masalah rintangan insulin .

CARA KESAN PCOS
● Ujian Darah - Paras hormon testosteron tinggi
● Pelvic Scan - Kehadiran sista kecil pada ovari
RISIKO KESIHATAN JANGKA PANJANG
Kalau tidak dikawal , PCOS bukan sahaja menyusahkan dari segi fizikal dan emosi , malah ia
juga boleh membawa kepada masalah kesihatan yang lebih serius . Antara risiko jangka
panjang termasuk :
● Masalah Kesuburan - susah hamil kerana gangguan ovulasi
● Kanser Endometrium - yang menyebabkan lapisan rahim yang tidak menebal dan
menipis seperti biasa
● Diabetes Jenis 2 - kerana rintangan insulin
● Penyakit Jantung - lebih berisiko kerana berat badan dan diabetes
CARA MERAWAT & KAWAL PCOS
Berita baiknya , PCOS boleh dikawal walaupun tiada ubat untuk menyembuhkannya
sepenuhnya . Rawatan dan pelan pengurusan simptom boleh membantu anda jalani hidup yang
sihat dan normal . Antara cara untuk mengurus PCOS termasuk :
● Gaya Hidup Yang Sihat - amalkan pemakanan yang sihat dan senaman berkala . Ia
dapat membantu turunkan berat badan , kawal paras gula dalam darah dan membantu
kitaran haid kembali normal .
● Ubat-Ubatan - Doktor mungkin akan memberi pil perancang untuk mengatur haid atau
Metformin untuk membantu atasi rintangan insulin . Jika anda cuba untuk hamil , ubat
kesuburan boleh membantu rangsang ovulasi .

BUAT TEMU JANJI DI KLINIK DR. LIYANA
PCOS memang mencabar tetapi ia bukan penamat kepada harapan anda untuk hidup sihat atau menjadi ibu suatu hari nanti . Dengan pemantauan doktor dan pelan rawatan yang sesuai , anda masih boleh menjalani hidup yang aktif , sihat dan bahagia . Jangan malu atau takut untuk dapatkan bantuan . Lagi awal anda tahu , lagi senang untuk rawat .






