Langkau ke kandungan
Klinik Dr. Liyana, Klinik Keluarga Anda

Klinik Keluarga Anda · Mersing, Johor

Doktor yang meluangkan masa untuk mendengar.

Klinik keluarga di tengah Mersing untuk wanita dan ibu mengandung, bayi dan kanak-kanak, dan warga emas. Imbasan ultrasound, ujian makmal dan rawatan am di satu tempat, berdekatan dengan rumah.

Dr. Liyana Consultation

Ahad hingga Jumaat, 9am–9pm. Rehat 1–2pm dan 5–6pm.

No 3 (Tingkat Bawah), Jalan Sri Mersing 1, Mersing012-493 3930
Klinik Dr. Liyana di Pusat Perdagangan Sri Mersing

Diagnostik di klinik

Jawapan di Mersing, tanpa perlu ke bandar lain

Banyak rujukan ke hospital sebenarnya hanyalah untuk satu imbasan atau ujian darah. Kami telah melabur dalam peralatan perubatan terkini supaya kebanyakan keputusan boleh diperoleh dalam satu lawatan sahaja, terus di Mersing.

  • Imbasan kehamilan 2D, 4D dan 5D
  • Ultrasound abdomen, pelvis, payudara, tiroid dan KUB
  • Ujian darah dan air kencing
  • Cek kuning bayi tanpa jarum
Lihat jenis imbasan

Panel

Ada kad panel? Tuntut terus di klinik.

Kami klinik panel untuk 17 syarikat insurans, pentadbir panel dan majikan.

  • AIA
  • Allianz
  • eMAS
  • Health On-line
  • HealthMetrics
  • IHP Healthcare
  • International Assistance
  • KPSB Care
  • MedKad
  • Mednefits
  • MediExpress HealthConnect
  • MediLink-Global
  • PMCare
  • WeCare
  • FELCRA Berhad
  • Paya Beach Resort
  • Alpro Group

Senarai panel boleh berubah. Sila sahkan dengan pihak klinik semasa membuat temu janji.

Cara kami jaga anda

Klinik kecil yang boleh buat perkara yang klinik besar sukar nak buat : Kenal Pesakit-Pesakit Kami.

Konsultasi yang tidak tergesa-gesa

Kami dengar dahulu, periksa dengan teliti dan terangkan diagnosis dalam bahasa yang mudah. Anda pulang tahu apa yang berlaku dan apa langkah seterusnya.

Lebih banyak di bawah satu bumbung

Rawatan am, kesihatan wanita dan kanak-kanak, imbasan dan saringan di satu tempat, jadi satu lawatan cukup untuk kebanyakan keperluan.

Doktor yang kenal keluarga anda

Kami ingin menjadi klinik yang merawat anda semasa mengandung, anak anda semasa demam, ibu bapa anda semasa pemeriksaan tahunan.

Dr. Nurul Liyana Ab Razak

Doktor kami

Dr. Nurul Liyana Ab Razak

MBBS (Management & Science University), 2018

Setiap sesi konsultasi bermula dengan perhatian sepenuhnya, dan hanya akan berakhir setelah pesakit benar-benar faham tentang tahap kesihatan mereka.

Kenali doktor kami

Pakej

Saringan dengan harga yang jelas

Tahu apa yang termasuk dan berapa kosnya sebelum anda datang.

Bandingkan semua pakej

Pakej A

Saringan asas untuk gambaran awal kesihatan.

RM80

Nilai ujian sebenar: RM130

  • Konsultasi dan pemeriksaan fizikal
  • Saringan darah asas
Lihat butiran penuh
Pilih Pakej A

Pakej B

Saringan darah dengan ujian tambahan dan ECG.

RM180

Nilai ujian sebenar: RM240

  • Konsultasi dan pemeriksaan fizikal
  • Saringan darah
  • Pemeriksaan jantung (ECG)
Lihat butiran penuh
Pilih Pakej B

Pakej Anggun

Saringan asas wanita dengan pap smear konvensional.

RM180

Nilai ujian sebenar: RM190

  • Konsultasi dan pemeriksaan fizikal
  • Saringan darah asas
  • Pap smear konvensional
Lihat butiran penuh
Pilih Pakej Anggun

Soalan lazim

Perlu buat temu janji atau boleh walk-in?

Walk-in dialu-alukan untuk rawatan am. Untuk imbasan kehamilan, ultrasound dan pakej saringan, WhatsApp kami dahulu supaya slot dan persediaan (contohnya berpuasa) dapat diaturkan.

Waktu operasi klinik?

Ahad hingga Jumaat: 9am–1pm, 2–5pm dan 6–9pm. Klinik tutup pada hari Sabtu.

Adakah doktor wanita tersedia?

Ya. Dr. Nurul Liyana, doktor wanita, merawat pesakit di klinik ini.

Ada staf yang boleh berbahasa Mandarin?

Ya. En. Rizuan, pemilik bersama klinik, boleh bertutur dalam bahasa Mandarin.

Boleh guna panel insurans atau syarikat?

Ya. Kami klinik panel untuk 16 syarikat insurans, pentadbir panel dan majikan. Senarai penuh ada di halaman Panel.

Adakah harga dipaparkan?

Harga pakej saringan dipaparkan di halaman Pakej. Untuk rawatan lain, harga bergantung pada pemeriksaan dan ubat yang diperlukan, dan staf kami boleh beri anggaran melalui WhatsApp.

TelefonWhatsApp untuk temu janji