Polycystic Ovary Syndrome (PCOS)

MASALAH HAID TIDAK TERATUR , BERAT BADAN NAIK MENDADAK / BULU BERLEBIHAN ? MUNGKIN ANDA ADA PCOS

Pernah tak anda perasan kitaran haid anda semakin tidak menentu ? Atau berat badan naik walaupun dah jaga pemakanan ? Mungkin juga anda ada bulu tumbuh di kawasan yang sepatutnya seperti di muka / dada ? Kalau anda juga sedang mencuba untuk hamil tapi masih belum berjaya , anda mungkin sedang berdepan dengan sesuatu yang dipanggil PCOS . Dan percayalah , anda bukan bersendirian .

APA ITU PCOS ?

Polycystic Ovary Syndrome ( PCOS ) atau Sindrom Ovari Polisistik ialah satu keadaan hormon yang biasa berlaku dalam kalangan wanita usia subur . Dianggarkan bahawa lebih kurang 12.6% wanita di Malaysia menghidap PCOS . Yang mengejutkan , hingga 70% wanita dengan PCOS tidak tahu mereka menghidapnya . Kebanyakkan hanya sedar selepas berjumpa dengan doktor untuk masalah kesuburan atau haid yang tidak normal . PCOS berlaku apabila ovari menghasilkan hormon androgen ( hormon lelaki ) secara berlebihan . Ini akan mengganggu proses ovulasi dan menyebabkan pelbagai simptom lain .

TANDA - TANDA PCOS

PCOS tidak sama untuk setiap wanita . Ada yang alami simptom yang jelas , ada juga yang tidak sedar langsung . Tapi kalau anda rasa ada yang “ tidak kena “ dengan tubuh anda , ini terdapat beberapa simptom yang sering berlaku :

● Haid yang tidak teratur atau jarang datang
● Berat badan naik dan susah turun
● Jerawat teruk atau kulit berminyak
● Tumbuh bulu berlebihan di wajah atau badan (hirsutisme)
● Rambut menipis atau gugur di kulit kepala
● Sukar untuk hamil

Kalau anda mengalami simptom di atas , jangan abaikan . Lebih baik segera membuat pemeriksaan awal . Anda juga mungkin lebih berisiko jika mempunyai ahli keluarga yang menghidap PCOS , mempunyai berat badan berlebihan ( obesiti ) dan menghidap diabetes atau mempunyai masalah rintangan insulin .

CARA KESAN PCOS

● Ujian Darah - Paras hormon testosteron tinggi
● Pelvic Scan - Kehadiran sista kecil pada ovari

RISIKO KESIHATAN JANGKA PANJANG

Kalau tidak dikawal , PCOS bukan sahaja menyusahkan dari segi fizikal dan emosi , malah ia juga boleh membawa kepada masalah kesihatan yang lebih serius . Antara risiko jangka panjang termasuk :

● Masalah Kesuburan - susah hamil kerana gangguan ovulasi
● Kanser Endometrium - yang menyebabkan lapisan rahim yang tidak menebal dan menipis seperti biasa
● Diabetes Jenis 2 - kerana rintangan insulin
● Penyakit Jantung - lebih berisiko kerana berat badan dan diabetes

CARA MERAWAT & KAWAL PCOS

Berita baiknya , PCOS boleh dikawal walaupun tiada ubat untuk menyembuhkannya sepenuhnya . Rawatan dan pelan pengurusan simptom boleh membantu anda jalani hidup yang sihat dan normal . Antara cara untuk mengurus PCOS termasuk :

● Gaya Hidup Yang Sihat - amalkan pemakanan yang sihat dan senaman berkala . Ia dapat membantu turunkan berat badan , kawal paras gula dalam darah dan membantu kitaran haid kembali normal .

● Ubat-Ubatan - Doktor mungkin akan memberi pil perancang untuk mengatur haid atau Metformin untuk membantu atasi rintangan insulin . Jika anda cuba untuk hamil , ubat kesuburan boleh membantu rangsang ovulasi .

BUAT TEMU JANJI DI KLINIK DR. LIYANA

PCOS memang mencabar tetapi ia bukan penamat kepada harapan anda untuk hidup sihat atau menjadi ibu suatu hari nanti . Dengan pemantauan doktor dan pelan rawatan yang sesuai , anda masih boleh menjalani hidup yang aktif , sihat dan bahagia . Jangan malu atau takut untuk dapatkan bantuan . Lagi awal anda tahu , lagi senang untuk rawat .

✅

SEBACEOUS CYST

 
✅Ianya boleh tumbuh di mana-mana kawasan kulit, biasanya muka, belakang badan, leher, kulit kepala dan sebagainya.
✅Kandungan sebaceous cyst termasuklah cecair, minyak, lemak, nanah (jika jangkitan), atau keratin.
✅ Sebaceous cyst perlu dibuang sekali dengan kantung yang mengelilinginya untuk mengelakkan ia tumbuh kembali. Cyst ini tidak akan sembuh jika hanya mengeluarkan isinya sahaja.

KAYAP (HERPES ZOSTER)

APA ITU KAYAP ?

Kayap adalah jangkitan kulit yang disebabkan oleh virus Varicella zoster, iaitu virus yang sama menyebabkan cacar air (chickenpox). Selepas seseorang pulih daripada cacar air, virus ini kekal tidak aktif dalam tubuh dan boleh menjadi aktif semula sebagai kayap.

PENYEBAB ?

● Virus Varicella zoster
● Berlaku apabila sistem imun badan menjadi lemah

SIAPA YANG BERISIKO TERKENA KAYAP ?

Individu berumur 50 tahun ke atas
Penghidap penyakit yang melemahkan sistem imun (contoh: HIV/AIDS, kanser, kencing manis)
Pernah menghidap cacar air
Tekanan perasaan (stres) atau keletihan melampau

GEJALA KAYAP

1. Sakit atau rasa panas/berdenyut pada satu bahagian tubuh
2. Ruam merah dan lepuhan berisi air yang timbul secara berkelompok
3. Gatal atau rasa kebas di kawasan yang terlibat
4. Demam, sakit kepala, atau rasa lemah badan
Selalunya berlaku di bahagian dada, belakang, leher, atau muka, hanya di satu bahagian (sebelah) tubuh.

KESAN KAYAP JIKA TIDAK DIRAWAT :

● Neuralgia postherpetik: sakit saraf berpanjangan walaupun ruam sudah hilang
● Jangkitan kulit sekunder
● Kehilangan penglihatan (jika mengenai mata)
● Masalah pendengaran atau keseimbangan (jika mengenai telinga)

RAWATAN :

Ubat antivirus (seperti asiklovir) – paling berkesan jika diambil dalam 72 jam pertama
Ubat tahan sakit
Menjaga kebersihan kawasan ruam

Segera berjumpa doktor jika terdapat tanda-tanda kayap.

PENCEGAHAN:

Vaksin herpes zoster (untuk individu 50 tahun ke atas)
Tingkatkan sistem imun badan – pemakanan sihat, cukup tidur, kawal stres
Elakkan sentuhan langsung dengan pesakit kayap, terutama mereka yang belum pernah kena cacar air

MITOS ATAU FAKTA

BILA PERLU JUMPA DOKTOR ?

Ruam merebak cepat atau sangat menyakitkan
Mengenai mata, muka, atau telinga
Individu imun lemah
Warga emas
Tiada perubahan selepas beberapa hari