Di Klinik Dr. Liyana, kami menyediakan khidmat imbasan bunyi (ultrasound) di bahagian-bahagian badan yang penting. Ultrasound merupakan teknik pengimejan perubatan yang selamat untuk melihat organ-organ di dalam badan seperti hati, hempedu, buah pinggang dan lain-lain. Khidmat ini merupakan khidmat yang selamat kerana tidak menggunakan radiasi, dan digunakan untuk diagnostik dan juga untuk saringan.
Antara jenis ultrasound di Klinik Dr. Liyana termasuk:
Scan Abdomen – Hati, hempedu, buang pinggang, pancreas dan lain-lain
Scan Pelvis – Rahim, ovari dan lain-lain
Scan Payudara – Kedua-dua belah payudara dan ketiak
Scan KUB – Buah pinggang, pundi kencing, dan lain-lain