Kebanyakan lawatan ke klinik adalah untuk perkara biasa: demam, batuk, sakit tekak, cirit-birit, sakit badan, ruam. Kami periksa dengan teliti, jalankan ujian pantas jika perlu dan terangkan rawatan serta cara makan ubat dengan jelas.
Untuk pesakit kencing manis, darah tinggi atau kolesterol tinggi, kami menyediakan pemantauan berkala dan penyesuaian ubat. Rawatan obesiti juga tersedia.
Apa yang termasuk
- Konsultasi dewasa dan kanak-kanak
- Ujian pantas di klinik
- Pemantauan penyakit kronik
- Pengurusan berat badan
- Prosedur: drip IV, tiub Ryles, saliran pundi kencing berterusan (kateter)
- Rujukan ke hospital jika perlu
Maklumat di laman ini adalah panduan umum dan bukan pengganti konsultasi dengan doktor.
