Untitled design2

Pengenalan

Klinik Dr. Liyana merupakan klinik perubatan swasta yang ditubuhkan pada tahun 2023. Secara amnya, klinik ini ditubuhkan dengan tujuan utamanya adalah untuk membantu orang ramai dari segi perubatan. Klinik Dr. Liyana dimiliki oleh Syarikat Rizqy Medics Sdn. Bhd. yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Pelanggan atau pesakit yang datang ke Klinik Dr. Liyana merangkumi semua lapisan masayarakat iaitu kanak-kanak, orang dewasa, ibu mengandung dan juga warga emas.

Klinik Dr. Liyana mempunyai harapan yang tinggi untuk menjadi pusat rawatan perubatan yang dikenali dan dipercayai oleh masyarakat, dengan mengutamakan kemudahan dan keselesaan pesakit, juga dengan penggunaan mesin-mesin perubatan yang canggih dan terkini.

Visi

Menjadi pusat kesihatan utama yang dipercayai oleh orang ramai dengan menyediakan perkhidmatan perubatan yang cemerlang, mudah diakses dan berinovasi ke arah kehidupan yang lebih sihat dan berkualiti.

Misi

  • Memberikan rawatan yang berfokus kepada pesakit dengan penuh empati, integriti dan profesionalisme.
  • Menyediakan perkhidmatan perubatan yang komprehensif, berkualiti dan mesra pelanggan.
  • Meningkatkan kualiti perkhidmatan secara berterusan melalui penggunaan teknologi moden dan pendekatan saintifik.
  • Menyumbang kepada kesihatan masyarakat dengan promosi penjagaan kesihatan dan pencegahan penyakit.
  • Mewujudkan persekitaran klinikal yang selamat, selesa dan kondusif untuk pesakit dan kakitangan.
565136700_122277213080032002_5017689791785853218_n
581742492_122280740084032002_282700752926048897_n
573388572_122279548328032002_5097978968932375025_n
565762624_122278028288032002_4170345438436237880_n
terima Kasih1
579549026_122280461912032002_2543953282799146303_n