Perkongsian daripada taklimat pemeriksaan kesihatan bakal jemaah haji untuk musim 2024/2025.
Apa yang berubah
- Buku pemeriksaan haji tidak lagi digunakan. Semua pemeriksaan dikemas kini melalui sistem dalam talian.
- Hanya klinik kesihatan dan klinik swasta berdaftar boleh menjalankan pemeriksaan bakal jemaah haji.
Vaksin wajib
- Meningococcal
- Influenza
- COVID-19 (2024/2025)
Vaksin tambahan yang disyorkan: pneumococcal.
Syarat boleh berubah setiap musim. Semak keperluan terkini dengan Tabung Haji dan klinik anda sebelum berangkat.
Maklumat di laman ini adalah panduan umum dan bukan pengganti konsultasi dengan doktor.
