Langkau ke kandungan
Klinik Dr. Liyana, Klinik Keluarga Anda

Pemeriksaan kesihatan bakal jemaah haji

Apa yang berubah dalam pemeriksaan kesihatan haji, dan vaksin yang wajib diambil sebelum berangkat.

Diterbitkan
Ditulis oleh
Pasukan Klinik Dr. Liyana
Disemak oleh
Dr. Nurul Liyana Ab Razak (MMC 93750)

Perkongsian daripada taklimat pemeriksaan kesihatan bakal jemaah haji untuk musim 2024/2025.

Apa yang berubah

  • Buku pemeriksaan haji tidak lagi digunakan. Semua pemeriksaan dikemas kini melalui sistem dalam talian.
  • Hanya klinik kesihatan dan klinik swasta berdaftar boleh menjalankan pemeriksaan bakal jemaah haji.

Vaksin wajib

  • Meningococcal
  • Influenza
  • COVID-19 (2024/2025)

Vaksin tambahan yang disyorkan: pneumococcal.

Syarat boleh berubah setiap musim. Semak keperluan terkini dengan Tabung Haji dan klinik anda sebelum berangkat.

Maklumat di laman ini adalah panduan umum dan bukan pengganti konsultasi dengan doktor.

TelefonWhatsApp untuk temu janji