Sista sebum ialah ketulan di bawah kulit yang boleh tumbuh di mana-mana, biasanya di muka, belakang badan, leher dan kulit kepala.
Kandungannya boleh terdiri daripada cecair, minyak, lemak, keratin, atau nanah jika ada jangkitan.
Kenapa perlu dibuang dengan betul
Sista sebum perlu dibuang bersama kantung yang mengelilinginya. Jika hanya isinya dikeluarkan, sista akan tumbuh semula. Prosedur ini boleh dilakukan di klinik dengan bius setempat.
Maklumat di laman ini adalah panduan umum dan bukan pengganti konsultasi dengan doktor.
