Langkau ke kandungan
Klinik Dr. Liyana, Klinik Keluarga Anda

Kesihatan wanita · Mersing

Pap smear

Saringan kanser pangkal rahim yang ringkas dan cepat, secara konvensional atau Liquid Based Cytology (SurePath).

Pap smear mengambil sampel sel dari pangkal rahim untuk mengesan perubahan awal sebelum ia menjadi kanser. Prosedur ini hanya beberapa minit, dan kami pastikan privasi serta keselesaan anda sepanjang pemeriksaan.

Kami menawarkan dua kaedah: pap smear konvensional, dan SurePath Liquid Based Cytology yang memberikan sampel yang lebih jelas untuk dibaca oleh makmal.

Wanita secara amnya disyorkan mula membuat saringan pada usia 21 tahun dan mengulanginya setiap tiga tahun, atau mengikut nasihat doktor. Jika keputusan memerlukan ujian lanjut, kami akan terangkan langkah seterusnya dan bantu dengan rujukan.

Apa yang termasuk

  • Konsultasi dan sejarah kesihatan
  • Pap smear konvensional atau SurePath
  • Penerangan keputusan

Soalan lazim

Sakit tak?

Kebanyakan wanita hanya rasa tidak selesa sedikit untuk beberapa saat. Beritahu kami jika anda gementar, dan kami akan terangkan setiap langkah.

Bila tidak sesuai untuk buat pap smear?

Elakkan semasa haid. Waktu terbaik ialah sekitar pertengahan kitaran.

Maklumat di laman ini adalah panduan umum dan bukan pengganti konsultasi dengan doktor.

TelefonWhatsApp untuk temu janji