Langkau ke kandungan
Klinik Dr. Liyana, Klinik Keluarga Anda

Kesihatan wanita · Mersing

Saringan kesihatan wanita

Saringan darah, pap smear, penanda kanser, hormon dan imbasan pelvis atau payudara dalam pakej Anggun, Seri dan Primadona.

Wanita sering menjaga kesihatan semua orang kecuali diri sendiri. Pakej saringan wanita kami menggabungkan pemeriksaan yang paling penting dalam satu lawatan, dari saringan darah asas hingga penanda kanser, hormon dan imbasan.

Untuk wanita dengan haid tidak teratur, berat badan yang sukar turun atau kesukaran untuk hamil, saringan hormon dan imbasan pelvis boleh membantu mengesan keadaan seperti PCOS.

Apa yang termasuk

  • Konsultasi dan pemeriksaan fizikal
  • Saringan darah (buah pinggang, hati, kolesterol, gula, darah penuh)
  • Pap smear atau SurePath
  • Imbasan pelvis, TVS atau payudara (pakej terpilih)
  • Hormon dan penanda kanser (pakej terpilih)

Soalan lazim

Perlu berpuasa?

Ya, untuk ujian gula dan kolesterol, berpuasa 8 hingga 10 jam sebelum ujian. Air kosong dibenarkan.

Maklumat di laman ini adalah panduan umum dan bukan pengganti konsultasi dengan doktor.

TelefonWhatsApp untuk temu janji