Langkau ke kandungan
Klinik Dr. Liyana, Klinik Keluarga Anda

Saringan kesihatan · Mersing

Ujian darah dan pemeriksaan perubatan

Saringan darah, ECG, air kencing dan pemeriksaan perubatan untuk insurans, pelajar, pekerja, lesen GDL/PSV dan bakal jemaah haji.

Pemeriksaan kesihatan bermula dengan pemeriksaan fizikal dan tanda vital, diikuti ujian yang sesuai dengan umur dan sejarah kesihatan anda. Kami terangkan setiap keputusan dan apa yang boleh dibuat mengenainya.

Ujian di klinik termasuk gula dalam darah, HbA1c, kolesterol, asid urik, kiraan darah penuh, fungsi hati dan buah pinggang, tiroid, Troponin I, ujian denggi dan influenza, HIV, ujian kehamilan, urine FEME dan ujian dadah air kencing. ECG merekod aktiviti elektrik jantung.

Kami juga menjalankan pemeriksaan perubatan untuk insurans, pelajar, pekerja, lesen GDL dan PSV, serta pemeriksaan kesihatan bakal jemaah haji yang kini direkodkan terus dalam sistem.

Apa yang termasuk

  • Pemeriksaan fizikal dan tanda vital
  • Gula, HbA1c, kolesterol, asid urik
  • Kiraan darah penuh, fungsi hati dan buah pinggang
  • ECG
  • Ujian air kencing
  • Troponin I (jantung), urine FEME dan ujian dadah air kencing
  • Pemeriksaan perubatan insurans, kerja, GDL/PSV, haji

Soalan lazim

Berapa lama untuk dapat keputusan?

Ujian pantas seperti gula dan kolesterol siap semasa lawatan. Ujian yang dihantar ke makmal mengambil masa lebih lama, dan staf kami akan beritahu anggaran masa.

Maklumat di laman ini adalah panduan umum dan bukan pengganti konsultasi dengan doktor.

TelefonWhatsApp untuk temu janji